Denda RM400 untuk Model Separuh Bogel di Ipoh

Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman denda RM400 terhadap sepasang model, gara-gara beraksi separuh bogel di khalayak ramai pada Isnin lalu, selepas kedua-duanya mengaku salah atas perbuatan mereka, lapor Berita Harian Online.

Low Kah Wai, 27, dan How Jo Yee, 21, mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kegusaran am apabila berpakaian menjolok mata ketika melakukan sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof, Ipoh, Perak pada 25 Ogos.

pengantin separuh bogel

Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama denda sehingga RM400, jika sabit kesalahan.

Majistret Haslinda A Raof yang mendengar kes itu menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu, lapor akhbar berkenaan. Peguam tertuduh memberitahu mahkamah kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Asamboi : Ni rentetan dari kes bogel di pantai tu gamaknya..

Kongsi pendapat anda