Dendam Sampai Bakar Pusat Tahfiz

PERSELISIHAN faham lima pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan Taman Datuk Keramat dipercayai punca kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 penghuni pusat tahfiz berkenaan.

Sumber polis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.

Katanya, susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.

“Kemudiannya, mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama, ” katanya.

Susulan dari itu, tujuh remaja itu ditahan dan mereka didapati positif dadah ketika ditahan.

TEKS [tanpa edit] sidang media Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada 8.20 malam, 16 September 2017.

“Pada 14 september jam 5. 41 pagi, bomba terima panggilan mengenai kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“5. 44 pagi bomba sampai di lokasi kejadian dan 6. 45 pagi api berjaya dipadamkan. Seramai 21 pelajar lelaki, enam hingga 17 tahun terkorban.

“Dua lagi warden, 25 dan 26 tahun terkorban. Tujuh orang cedera. Jenazah tidak dapat disahkan secara identiti.

“Guna kaedah DIV iaitu pengecaman jenazah melalui tiga cara iaitu guna cap jari, rekod pergigian dan dna sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Pada 15 September semua mayat selamat dikebumikan. Siasatan atas kesalahan khianat dengan api. Siasatan rapi dan bantuan pihak yang ada berhampiran dengan kejadian berikan pita video.

“Hasilnya, tujuh orang berjaya ditahan, 11 hingga 18 tahun antara 6 petang hingga 2 pagi hari ini. Rampas pakaian dan topi keledar suspek.

“Enam daripada mereka positif dadah, satu daripadanya tidak positif. Tujuh daripada mereka sudah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Dua daripada mereka ada rekod lampau iaitu mencuri dan rusuhan. Motif kejadian adalah berpunca dari ejekan antara kedua-dua pihak.

“Tolong hentikan mesej yang viral kerana akan ganggu proses perbicaraan mahkamah. Sedang siasat punca ejek-mengejek. Tujuh orang itu tinggal berdekatan pusat tahfiz.

“Mereka yang membawa tong gas. Polis sudah selesai kes dengan tangkapan semua suspek.

Dapat CCTV daripada PPIM dan daripada itu, dapat imej suspek.

“Satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran. Tidak wajar untuk menceritakan proses pembakaran itu dilakukan. Mereka positif dadah jenis ganja.

“Akan siasat sama ada pengurusan pusat tahfiz tahu mengenai perselisihan faham. Motif memang untuk bakar pusat tahfiz itu. Mereka hanya berniat untuk bakar bangunan itu.

“Tiada dadah dijumpai bersama suspek. Pakaian dan motosikal akan dihantar ke makmal untuk analisa. Gas silinder itu dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas oleh suspek.

“Dua tong gas digunakan secara keseluruhan dalam kejadian ini. Disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama.

“Mungkin usia mereka dan kematangan itu, mereka tidak tahu niat untuk membakar itu akan membunuh orang. Mereka ambil ganja sebelum melakukan tindakan itu.

“Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

“Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

“Semalam panggil pelajar tahfiz yang tidur di surau berdekatan dan beliau tidak terbabit dalam kejadian itu sebelum dibebaskan.

“Semua tujuh orang itu bukan pelajar tahfiz. DBKL akan siasat pemilik pusat tahfiz atas kesalahan beroperasi tanpa kelulusan.”

sumber : hmetro.com.my

 

Kongsi pendapat anda