Doa Buat Aleppo

Sana-sini di media sosial dapat dilihat perkataan ‘Aleppo’, ‘Pray for Aleppo’, ‘Save Aleppo’ dan seangkatan dengannya.

Apa, siapa atau di manakah Aleppo yang diperkatakan ini?

di-mana-aleppo

Aleppo merupakan bandar terbesar di negara Syria. Maka isu Aleppo, sama seperti isu Syria, ia berada di dalam kepompong perang saudara sejak 2012 (seperti yang diisytiharkan Persatuan Palang Merah Antarabangsa) sehingga kini.

Mengapa masalah yang telah bermula lama dan kian tenggelam ini tiba-tiba menjadi tumpuan media sekali lagi?
Ia adalah kerana isu kemanusiaan di Aleppo yang semakin meruncing.

demonstrasi-aleppo

Demonstrasi kemanusiaan mengenai keadaan yang berlaku di Aleppo dijalankan di serata dunia.

Gencatan senjata yang sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan Syria tidak dilaksanakan.
Perancangan untuk memindahkan rakyat dan warga awam keluar dari tempat yang ditaburi peluru itu terbantut.
Wanita dan kanak-kanak antara mangsa yang menjadi sasaran ganas para tentera.

omran-daqneesh

Omran, anak Syria yang berjaya membuka mata dunia mengenai keadaan kritikal di Syria.

Lambakan doa buat Aleppo, buat Syria..

Kongsi pendapat anda