DrMaza : Beza Antara Kritikan dan Penghinaan

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengatakan umat Islam harus bijak membezakan antara kritikan dan penghinaan kerana walaupun terhadap agama lain dibenarkan, ia mesti berada dalam kerangka ilmiah.

Bekas mufti Perlis itu berkata, umat Islam tidak boleh menghina agama lain kerana Al-Quran dengan jelas melarang cercaan terhadap sembahan agama lain kerana ia akan mengundang permusuhan kembali kepada agama Islam.

“Kita boleh memberikan pandangan kritis Islam terhadap agama lain dengan mengkritik secara akademik tetapi mencerca atau mempersendakan adalah dilarang”

shahul hamid Pencetus Ummah

“Ia disebut dalam Al-Quran menerusi surah Al-Anam, ‘Jangan kamu mencerca apa yang mereka sembah selain daripada Allah. Nanti mereka akan mencerca Allah secara permusuhan’,” kata Dr Asri.

Naib Juara program realiti Pencetus Ummah Shahul Hamid MPH Seeni MD ditahan di rumahnya di Teluk Kumbar pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina agama Hindu. Shahul, 39, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dan dibebaskan semula selepas empat jam memberi keterangan kepada pihak polis.

Dalam ceramahnya yang dimuat naik di laman YouTube, Shahul menggesa umat Islam agar tidak membeli produk serbuk kari daripada syarikat Hindu seperti Alagappas dan Babas.

Kongsi pendapat anda