Dua Adun PAS sokong Wan Azizah jadi MB Selangor

Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi implikasi besar kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku menteri besar Selangor kerana beliau tidak berpeluang mendapatkan sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk terus berkuasa.

Ia menggagalkan usaha Khalid untuk mengekalkan kerajaannya dengan sokongan Umno dan PAS selepas Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin menyokong Dr Wan Azizah secara terbuka.

Kini, Khalid bersama PAS (13) dan Umno (12) hanya 26 kerusi dan masih minoriti dalam DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi. Sebelum ini, Khalid hanya memerlukan seorang Adun daripada PKR atau DAP  untuk membolehkan beliau mendapat majoriti dan membentuk kerajaan jika PAS menyokong beliau.

Ketika itu, Khalid bersama PAS dan Umno mendapatkan 28 kerusi dan gabungan PKR (13) dan DAP (15) juga mempunyai 28 kerusi.

exco Selangor Dipecat

Tindakan dua Adun PAS Hulu Klang dan Morib menyertai sidang media bersama-sama 28 lagi Adun DAP dan PKR menyokong Adun Kajang Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu menggantikan Khalid, mengejutkan parti Islam itu kerana mereka hanya akan membuat keputusan pada 17 Ogos.

Bagaimanapun dua pemimpin tertinggi PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan secara terbuka kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Kongsi pendapat anda