Dua Mati Selepas Bunga Api Meletup Di Majlis Perkahwinan

Seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh selepas bunga api yang disimpan meletup dan membakar bangsal semasa majlis perkahwinan. Bencana melanda selepas mereka mengambil gambar-gambar perkahwinan di rumah bos firma insurans mereka John Simpson, 61, selepas perkahwinannya dengan Nicole Rothwell, 44.

Dua  Mati Selepas Bunga Api Meletup Di Majlis Perkahwinan

Bangsal yang dipercayai meletup

Kira-kira 70 tetamu melarikan diri, dipercayai bunga api yang meletup itu telah disimpan di dalam sebuah bangsal di rumah Simpson dalam Ecclerigg.

Dua mayat ditemui di tengah-tengah runtuhan bangsalĀ dan sebuah kereta yang berdekatan, yang telah musnah sama sekali.

Mangsa, yang dilaporkan terkena letupan bunga api belum lagi dikenal pasti. Dipercayai polis bergantung kepada rekod pergigian mangsa untuk mengenal pasti mayat tersebut yang teruk terbakar dan mungkin mengambil masa beberapa hari.

Kongsi pendapat anda