Dua pegawai besar SPRM dipindahkan secara tergesa-gesa

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu. Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Datuk Rohaizad Yaakob

Seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu. Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Perpindahan keluar Bahri dan Rohaizad dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Nota Jeruk : Berbagai tindakan KERAJAAN untuk melindungi 1MDB tapi tak kan DS PM tak terfikir rakyat sedang melihat. Siapa sebenarnya PM nak dahului.

Kongsi pendapat anda