Dua pengkhianat daripada ADUN PAS punca kerosakan dalaman PAS

Ahli jawatankuasa pusat PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa mengambil tindakan tanpa berunding dengan PKR dan DAP ekoran pengkhianatan yang dilakukan ke atas partinya.

Nik Abduh, yang juga anak kepada mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pengkhianatan tersebut melibatkan tindakan dua ADUN PAS Selangor memberi sokongan kepada PKR.

Nik Abduh

“Dua pengkhianat daripada ADUN PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS. Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam (Pakatan Rakyat) apabila menerima pengkhianatan dua ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR. Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala’ dan kesetiaan kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan PAS,” Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Ia merujuk kepada tindakan ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang menandatangani pengakuan berkanun bagi menyokong keputusan PKR.

PKR dan DAP sebelum ini bertegas dengan keputusan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar. Menurut Nik Abduh lagi, Hadi telah bertolak ansur dengan PKR dan DAP ke tahap “toleransi yang tertinggi”.

Kongsi pendapat anda