Dyana Sofya Dilantik Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP

Dyana Sofya Mohd Daud mengakui tugasnya kini lebih mencabar selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP.

Dyana Sofya, 27, akan melaporkan diri kepada Lim Kit Siang yang juga majikannya sebelum ini.

‪Beliau sebelum ini bertugas dengan Kit Siang sebagai Setiausaha Politik pemimpin pembangkang itu sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah dan meletakkan jawatan itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

Dyana Sofya

Dyana Sofya dilantik Politik Ketua Parlimen DAP

Jawatan baharu itu akan memberi tumpuan kepada hal berkaitan kawasan Parlimen yang membabitkan parti.

‪Dyana berkata, beliau akan terus memberi khidmat kepada masyarakat meskipun tidak memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

Kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu bukan bererti beliau perlu berputus asa dan menghentikan hasratnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

‪Sebelum ini DAP melaksanakan inisiatif Impian Sabah yang dipimpin oleh Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP) dan Impian Sarawak oleh Yeo Bee Yin (Ahli Jawatankuasa DAP Selangor) dan kita akan kembangkannya ke seluruh negara menerusi Impian Malaysia yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber MStar

Kongsi pendapat anda