Endless City – Bandar Raya Dalam Bangunan

INILAH impian besar yang mungkin melihat bangunan pencakar langit masa depan menempatkan seluruh bandar di dalam­nya. Projek ‘Endless City’ ini akan menyaksikan pencakar langit setinggi The Shard di London dibina leng­kap dengan ekosistem serta memuatkan pejabat, kedai dan taman besar.

London dicadang­kan sebagai tapak menara pelbagai guna ini, yang antara lain akan termasuk jambatan yang menghubungkan pelbagai bahagian struktur untuk mewujudkan sebuah bandar menegak yang didiami ribuan penduduk.

Cadangan itu dikemukakan oleh SURE Architecture yang reka bentuknya pernah memenagi hadiah dalam pertandingan rekaan pencakar langit.

endless city bandar dalam bangunan

Syarikat itu menegaskan, bangunan berkenaan akan membantu menjimatkan kawasan di bandar padat penduduk yang selama ini berkembang keluar daripada ke atas.

Meskipun, ba­ngunan itu baru dalam pering­kat reka bentuk, syarikat itu sudah memilih lokasi yang berhampiran bandar raya London tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dibina. Ketinggian­nya juga masih belum ditetapkan, tetapi petanda awal menunjukkan ia mungkin mencecah 300 meter, kira-kira sama dengan bangunan tertinggi di London ketika ini, The Shard.

Jika menjadi kenyataan, ‘Endless City’ akan dibina di kawasan seluas 165,855 meter persegi.

endless city bandar dalam bangunan

Menurut syarikat itu, bentuk bangunan akan memaksimumkan tenaga pasif dan mengurangkan penggunaan cahaya buatan serta keperluan penyejukan dan pemanasan. Di setiap tingkat, selain mempunyai pemandangan sekitar yang menakjubkan, ia juga akan mempunyai plaza dan tempat riadah.

Alina Valcarce, pengarah bersama SURE Architecture berkata: “Tidak akan ada jalan mati. Semuanya akan bersambung antara satu ting­kat dengan tingkat yang lain.

Untuk menyokong struktur gergasi itu, enam tiub keluli besar akan digunakan, yang turut menempatkan kerja paip dan elektrik untuk sebahagian besar menara berkenaan.

Syarikat berkenaan juga menyatakan, kawasan berlainan bangunan itu akan dihubungkan dengan beberapa jambatan dan laluan bagi meningkatkan komunikasi dan interaksi. Ia juga akan mempu­nyai ruang untuk taman, zon hiburan dan tempat beli-belah.
 

Kongsi pendapat anda