ERA Digital Muzik Awards 2016

Buat julung kalinya ERA fm dan Digi akan membawakan satu anugerah yang menggunakan medium digital dan media sosial sepenuhnya iaitu ERA Digital Muzik Awards (#ERADMA). ERA Digital Muzik Awards distrimkan oleh Digi Prepaid LiVE.

Acara ini akan berlangsung pada 18 Januari 2017, Rabu bermula jam 8.30 malam yang akan ditayangkan secara langsung menerusi Facebook Live ERA fm. Anugerah ini akan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan antara beberapa artis yang hadir membuat persembahan antaranya adalah Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Khai Bahar, Amiraa Othman, Syameel dan Colour Of Voices. Selain dari artis, rakan dari kalangan selebriti sosial media juga turut diraikan antaranya Zukie, Sterk Production, Budiey dan ramai lagi.

ERA Digital Music Awards memberi peluang kepada Netizen untuk menentukan siapakah yang patut menjadi pemenang bagi setiap kategori kerana kami tidak menggunakan penilaian dari sebarang juri professional. 100% undian dilakukan secara digital melalui edma.era.fm.

6 KATEGORI ERA Digital Music Awards YANG DIPERTANDINGKAN

Penyanyi Kolaborasi Terbaik 2016
– Juzzthin
– Yuna
– Faizal Tahir
– Tasha Manshahar
– Waris
Pemenang : Faizal Tahir

Lagu Nyanyian Semula Terbaik 2016
– Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
– Segalanya – Haqiem Rusli
– Hang Pi Mana – Khalifah
– Sudahku Tahu – Projector Band
– Terakhir- Sufian Suhaimi
Pemenang : Haqiem Rusli

Lagu Paling EMO 2016
– Ku Rela Dibenci – Aiman Tino
– Takkan Pergi – Hyper Act
– Demi Cinta – Ezad Lazim
– Sudahku Tahu- Projector Band
– Terakhir- Sufian Suhaimi
Pemenang : Aiman Tino

Temubual Tetamu Terbaik Carta ERA 40 2016
– Ayda Jebat
– Azhael
– Black
– Hazama
– Kaka Azraff
Pemenang : Ayda Jebat

Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 2016 – Syamel
. Penyanyi Harapan Baru Pilihan Digi 2016 – Colour of Voices

Kongsi pendapat anda