Eric Paulsen ditangkap di Brickfields, reman dua hari

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Begitu juga dengan penulisan di laman media sosial seperti blog, Facebook dan juga twitter. Kita juga perlu berhati-hati. Namun, lihat apa yang berlaku baru-baru ini terhadap Pengasas Lawyers for Liberty (LFL) Eric Paulsen yang direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan gejala ekstremisme.

Kemungkinan perkara ini berlaku dari pemahaman yang berbeza daripada perbezaan agama, bangsa dan budaya. Sebelum sebarang teks ucapan khutbah diedarkan di masjid-masjid setiap negeri, ia disusun oleh panel berkelayakan yang ditugaskan bagi mengarang teks khutbah itu.

“Fungsi utama khutbah Jumaat adalah untuk menasihati dan juga mendidik umat Islam dalam hal seperti bersederhana dalam kehidupan seharian, jauh menyimpang daripada melahirkan umat yang berfahaman ekstrem,” – Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Eric Paulsen Twitter

Twitter Eric Paulsen

Eric Paulsen direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beliau terhadap khutbah Jumaat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan gejala ekstremisme. Salah seorang peguamnya iaitu Sivarasa berkata tindakan reman itu tidak perlu memandangkan Paulsen disiasat terhadap tweetnya dan boleh didakwa serta merta.

“Jika tweet itu merupakan kesalahannya, bawa beliau ke mahkamah,” kata Sivarasa Rasiah

Twitter PDRM

Sementara itu, Ketua Polis Negara mengesahkan penangkapan Eric Paulsen di Brickfields pada 12 Januari 2015. Beliau juga sempat memberi pesanan kepada semua rakyat Malaysia khasnya dengan apa yang berlaku.

Twitter Khalid Abu Bakar

Eric Paulsen angkuh

Khalid Abu Bakar berkata tangkapan yang dibuat ke atas Paulsen adalah tangkapan berlandaskan undang-undang demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masayarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.

Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa jua yang melanggar undang-undang di negara ini, demi menjaga hak dan kebebasan rakyat untuk hidup aman dan damai tanpa dihasut oleh pihak yang mempunyai agenda tersirat.

Semoga Malaysia khususnya akan terus aman dan makmur dengan penduduk yang berbilang agama dan bangsa.

Kongsi pendapat anda