Eurocopter AS350 bawa VIP ‘hilang’ di Sebuyau

Sebuah helikopter dinaiki enam orang, termasuk seorang timbalan menteri, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Betong ke Kuching petang tadi.

Borneo Post melaporkan, salah seorang penumpang ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Noriah adalah anggota parlimen Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar anggota parlimen Kuala Kangsar.

Eurocopter AS350 sarawak hilang

Turut berada dalam pesawat sama ialah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Helikopter itu dipandu Kapten Rudolf Rex Raga.

Menurut Harian Metro, menara kawalan dan helikopter berkenaan terputus hubungan selama tiga jam. Mereka yang di dalam helikopter adalah:

1. YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri MPIC
2. Tuan Asmuni bin Abdullah (suami TM)
3. Datuk Dr. Sundaran Annamalai , KSU MPIC,
4. Dato’ Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, Pengerusi MPOB/ AP Kuala Kangsar,
5. Ahmad Sobri bin Harun ( pengawal peribadi)

helikopter hilang

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pula mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan. Bernama menyatakan helikopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.

Helikopter Eurocopter AS350 itu dikendalikan sebuah syarikat tempatan.

sumber

Kongsi pendapat anda