Ezany Terkilan Isteri Dilarikan

Pelakon dan usahawan Ezany Nizariff meluahkan rasa kecewa dan terkilannya apabila isterinya Lizda Nuryanti, 32, dilarikan lelaki lain. “Terkilan pun ada, tercabar pun juga tapi saya lebih bersyukur sebab saya tahu yang saya takkan ditipu lagi pada masa akan datang.

“Selama ini saya mahu elak dan mana yang boleh telan, saya telan tapi dah sampai ke satu tahap yang melampau saya terpaksa buka mulut. Saya pun tak nak dipanggil dayus, jadi terpaksa juga saya dedahkan hal ini,” kata Ezany kepada Harian Metro.

ezany

Jelas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani@Zohiri Mohd Nizariff, dia mendedahkan kisah rumah tangga kepada umum bukan kerana mahu membuka aib atau meraih publisiti murahan tetapi kerana mahu meringankan beban yang dipendamnya selama ini.

Terdahulu, Ezany telah membuat satu laporan polis selepas mendapati isterinya telah dilarikan seorang lelaki yang dikenali pada 17 Julai lalu.

Asamboi harapkan penyelesaian yang terbaik untuk perhubungan mereka.

Kongsi pendapat anda