Faiz Subri Calon Anugerah FIFA PUSKAS

Tiada siapa yang menyangka perlawanan bolasepak di antara Pulau Pinang dan Pahang menyaksikan gol yang tercantik dan mengelirukan oleh Mohd Faiz Subri.Sepakan percuma Faiz Subri yang menggegarkan jaring gol telah menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak. Kemudian, rakaman ulangan sepakan tersebut telah diviralkan seluruh dunia.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi ganjaran RM10,000 kepada pemain bola sepak Faiz Subri selepas rakaman sepakan percuma sensasi telah viral di seluruh dunia.

Kini, sudah tiba masanya penjaring gol yang berumur 29 tahun itu dicalonkan ke Anugerah FIFA PUSKAS.

instagram-fifa

facebook-fifa-awards

FIFA memilih 10 gol sejak 30 September 2015 sehingga 30 September 2016 untuk anugerah ini dan tiga undian tertinggi akan dapat diketahui pada 2 Disember 2016.

undi-faiz-subri

Senarai Calon Anugerah FIFA PUSKAS

  1. Mohd Faiz Subri – Malaysia
  2. Mario Gaspar – Spain
  3. Hlompho Kekana – South Africa
  4. Marlone – Brazil
  5. Lionel Messi – Argentina
  6. Neymar – Brazil
  7. Saul Niguez – Spain
  8. Hal Robson Kanu – Wales
  9. Daniuska Rodriguez – Venezuela
  10. Simon Skrabb – Finland

AsamboiMY mengucapkan tahniah kepada Mohd Faiz Subri dan jom undi beliau di FIFA PUSKAS Award.

Kongsi pendapat anda