Faiz Subri Menang PUSKAS Award

Setinggi-tinggi tahniah buat Faiz Subri.

Akhirnya beliau dinobatkan sebagai pemenang FIFA PUSKAS Award di mana undian beliau menewaskan dua calon yang lain. Beliau yang sebelum itu sempat bertemu dengan Sir Alex Ferguson berharap semuanya dipermudahkan di acara tersebut.

Faiz Subri merupakan top 3 yang bersaing dalam undian untuk memenangi anugerah FIFA PUSKAS 2016.

“I would like to thank the Penang Football Association, the Professional Footballers Association Malaysia, FAM, my family, my father, my mother, and everyone who voted for me.” – Faiz Subri

Faiz Subri sekarang disebut dalam aras yang sama seperti Pemain Terbaik Dunia FIFA yang baru dinobatkan, Cristiano Ronaldo, bintang Barcelona, ​​Neymar dan penyerang Manchester United Zlatan Ibrahimovic, yang semuanya telah sebelum ini dihormati oleh FIFA untuk pencapaian luar biasa mereka.

Tahniah kepada Faiz Subri!

Kongsi pendapat anda