Fazura Mahu Capai impiannya sebelum Kahwin

Pelakon Nur Fazura berkata dia mahu mencapai semua perkara yang dia impikan sebelum masuk ke alam perkahwinan. Bagaimanapun beliau juga berkata walaupun dia tidak meletakkan apa-apa perancangan untuk berkahwin, dia ingin mempersiapkan dirinya dahulu sebelum menjadi isteri orang.

“Perkahwinan adalah komitmen;. Kita perlu mempersiapkan diri sebelum mengikat tali perkahwinan, saya berharap saya boleh memberi tumpuan kepada membina keluarga apabila saya berkahwin,” – Fazura

Fazura

Pelakon “Manisnya Cinta Di Cappadocia” berkata, dia enggan melihat kembali apa yang telah berlaku pada tahun 2015 dan akan melihat ke hadapan untuk 2016 yang mana beliau mempunyai banyak perancangan yang perlu dilakukan.

Fazura berkata dia mahu meningkatkan lagi usaha beliau untuk menjadi pelakon yang lebih baik dan mengembangkan perniagaan beliau untuk 2016.

Kongsi pendapat anda