Fernando Torres diburu JDT?

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah telah pun bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama dua tahun.

Fernando Torres

“Kami telah memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi ‘penjaring paling penting’ untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016” Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.

Kongsi pendapat anda