Fiesta Final 2014 Bersama YB Khairi Jamaluddin

Bahang perlawanan akhir Piala Dunia 2014 sudah terasa. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena pest sukan bolasepak yang hadir sekali dalam empat tahun ini. Ayuh ke Fiesta Final 2014 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka!

YB Khairy Jamaluddin akan berada memeriahkan aktiviti malam nanti. Aktiviti malam ini dimulakan dengan berbuka puasa hingga ke terawih beramai-ramai. Jangan lupa bawa jersi pasukan kegemaran anda.

Bend it pass KJ

Antara acara yang mencuri tumpuan adalah YB Khairi Jamaluddin akan menjadi penjaga gol dan sesiapa yang melepasinya untuk menjaringkan gol, akan mendapat hadiah. Menarik kan?!

Mari datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka malam ini menonton perlawanan Akhir Piala Dunia di skrin besar! Serta pelbagai aktiviti yang akan diadakan disana.

Asamboi pilih Jerman jadi juara Piala Dunia 2014, bagaimana pulak anda?

Kongsi pendapat anda