Filem cetak rompak boleh ditonton di Google Chromecast

Berita ini pasti menggembirakan kebanyakan penggemar filem di Malaysia. Perkara ini berjaya dicapai dengan menggunakan perisian Popcorn Time yang mengumumkan perisian mereka akan boleh digunakan pada Chromecast tidak lama lagi. Ianya juga boleh digunakan pada Mac.

Filem cetak rompak pada chromecast

Popcorn Time memastikan semua trafik dalam bentuk data yang telah dienkripsi.

Popcorn Time merupakan perisian yang membolehkan pengguna menonton filem dan drama yang terdapat di pasaran dengan teknologi yang hampir seperti torrent. Manakala chromecast adalah peralatan yang boleh digunakan untuk anda menonton terus dari laman seperti YouTube dan seumpamanya.

Popcorn Time pastinya akan memberikan penggiat seni hiburan seluruh dunia masalah baru yang perlu diatasi.

Kongsi pendapat anda