Filem Dracula Untold Hina Islam?

Seorang ahli exco Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula kelulusan penayangan sebuah filem Hollywood “Dracula Untold” yang kini ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Dr Fathul Bari Mat Jahya membuat gesaan itu menerusi laman Twitter, mengatakan penayangan filem tersebut perlu dinilai kembali kerana ia mempunyai unsur yang menghina agama Islam.

twitter Fathul Bari

“Filem ‘Dracula Untold’ perlu dinilai semula penyiarannya. Ada unsur-unsur menghina Islam,” katanya melalui akaun Twitternya @ustazfathulbari.

Dari sumber, beliau juga turut menghantar mesej itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan meletakkan tag nama mereka.

dracula untold

Beliau ketika itu menjawab pertanyaan seorang daripada pengguna Twitter yang mendakwa filem itu sensitif kerana mempunyai babak yang menunjukkan di dalam perjanjian antara Sultan Turki dan Putera Transelvania, tertulis nama Allah.

“@markajinmim ada babak perjanjian dari darah atas kertas yang tertulis nama Allah. Sudah tentu menyentuh sensitiviti umat Islam,” kata Fathul

Ada yang sudah menonton filem ini?? Perhatikan babak tersebut.

Kongsi pendapat anda