Gadis Cantik Shell Mohon Maaf

Mungkin tajuk ini akan mengundang kekeliruan dan persoalan kepada pembaca tetapi sebenarnya penulis tidak ada niat untuk berbuat demikian. Cuma ingin memberi pencerahan dan informasi sahaja.

Saban hari kita pasti akan mengisi minyak kenderaan. Betul tak? Kalau tidak sekali, mungkin dua kali sehari. Tetapi perasan tak ada seorang gadis comel yang sedang menunggu anda untuk mengisi minyak kenderaan sambil memegang botol air mineral?

Bagi yang pada kebiasaannya mengisi minyak kenderaan di stesen minyak Shell pasti akan terserempak dengan gadis ini. Hehe.

6-gadis-shell

Beliau ialah Nor Shafila Khairussalleh (25) yang gambarnya memegang botol air mineral di stesen minyak Shell di beberapa lokasi terpilih di negara ini kini menjadi viral di Facebook.

“Biarpun ada segelintir pihak mengecam dan memberikan reaksi negatif menerusi aplikasi Facebook messenger bahawa foto itu kononnya mengejutkan orang ramai yang mahu mengisi minyak di stesen Shell, saya tidak ambil serius sebaliknya segera memohon maaf kepada mereka.

 

“Saya tidak menyangka dan terkejut gambar itu menjadi viral di laman sosial.” – katanya.

Jangan terkejut ya kerana gambar beliau kini mendapat liputan yang meluas di Facebook. Gambar berkenaan turut mendapat lebih 3,000 ribu ‘like’ dan turut dikongsi kira-kira 1,077 pengguna laman sosial. Wow..!!

Ada juga beberapa status yang mengatakan bahawa mereka terkejut kerana ‘tiba-tiba’ Nor Shafila muncul. Hehe. Tu la sebabnya beliau minta maaf.

“akak ni cantik, sama macam dalam gambar dia”

 

“kak, tahu tak, disebabkan kau, aku terkejut, nasib baik tak terberanak kak oi”

 

“comelnya, ingatkan artis”

5-gadis-shell

Sementara itu, Ketua Pemasaran Runcit , Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Ben Mahmud berkata, pihaknya gembira bahawa paparan kreatif mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Itu lah kisahnya. Jadi harap lepas ni jangan terkejut ya sebab beliau memang wujud.

3-gadis-shell

2-gadis-shell

Kongsi pendapat anda