Gambar dan Harga Perodua Axia

Perodua Axia baru dilancarkan. Tempahan untuk model baru Perodua Axia kini sudah boleh ditempah di cawangan terdekat. Model terbaru dari pengeluar kereta nasional kedua, Perodua ini sudah mula boleh ditempah mulai 15 Ogos 2014 dengan bayaran tempahan serendah RM250 untuk model Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic). Terdapat 4 variasi model Perodua Axia dengan spesifikasi serta harga berbeza, iaitu:

harga perodua axia

Model ini merupakan model kereta nasional pertama yang menampilkan EEV iaitu Energy Efficient Vehicle. Kereta kompak dengan kapasiti enjin 1.0 liter ini didatangkan dengan pakej 4 E iaitu Eco-Friendly, Extra-Spacious, Easy-Driving dan Economical.

Model Perodua Axia adalah kereta nasional pertama yang mesra alam dengan menampilkan enjin berkuasa 12V DOHC 998cc yang menawarkan penjimatan minyak. Enjin mesra alam ini mampu membawa perjalanan jarak 21.6 km bagi setiap liter minyak petrol.

gambar perodua axia putih

gambar perodua axia merah

gambar perodua axia kuning

Kongsi pendapat anda