Gambar iPhone 7 yg baru dilancarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

HARI yang dinanti-nantikan penggemar telefon pintar tiba semalam, apabila Apple melancarkan siri terbaharu iPhone, iaitu iPhone 7. Syarikat pengeluar telefon terkemuka itu mengadakan acara memperkenalkan model terbaharu mereka itu di Auditorium Bill Graham Civic, San Francisco, pada Rabu. Dalam acara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook, turut memperkenalkan Apple Watch Siri 2.

FON TELINGA TANPA WAYAR

Antara ciri terbaharu iPhone 7 dan 7 Plus ini ialah sistem operasi iOS 10, kalis air dan debu, butang ‘Home’ yang dinaik taraf dengan lebih banyak fungsi, skrin retina HD dan dua kamera belakang 12 MP (hanya untuk iPhone 7 Plus).

Paling mendapat perhatian tentu sekali mengenai keputusan Apple untuk tidak menyediakan palam fon telinga pada rekaan baharu ini. Oleh itu, bagi mereka yang memerlukan sokongan audio, Apple menawarkan dua pilihan. Pertama adalah earpods yang menggunakan fon telinga yang hanya boleh disambung kepada port Lightning (maksudnya earpods itu tidak boleh digunakan serentak sewaktu mengecas bateri).

Pilihan kedua adalah Airpods. Ia adalah fon telinga tanpa wayar, yang mengetengahkan cip W1 bagi memastikan fungsi keterhubungan yang baik. Ia juga dilengkapi pengesan infra merah yang membolehkan audio dimainkan hanya apabila setiap satu AirPod disematkan di telinga. Di laman sosial, ramai yang sinikal dan tidak pasti sejauh mana mereka akan menyukai ciri terbaharu ini.
Airpods akan mula berada di pasaran sekitar Oktober ini pada harga dalam lingkungan AS$159 (RM645) sepasang. iPhone 7 akan berada di pasaran di seluruh dunia secara berperingkat, bermula 16 September ini

Kongsi pendapat anda