Gambar perkahwinan Sultan Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat diijab kabul dengan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 31 Ogos lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin dan Norashikin dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dalam majlis pernikahan yang sederhana dan ringkas atas titah baginda.

Munir berkata pernikahan turut dihadiri oleh Timbalan Mufti Selangor Dr Anhar Opir; Al Fadil Imam Paduka Mohd Rasid Mahful; Bekas Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar; Ahli Majlis Agama Islam Selangor Datuk Salehuddin Saidin dan bapa serta anggota keluarga pengantin perempuan.

Norashikin, 45, yang berasal dari Kuala Lumpur adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada 2005 (ASA2005).

Kongsi pendapat anda