Gambaran iPhone 7 yang bakal dilancarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Syarikat Apple Inc dijangka bakal mendedahkan edisi terbaharu perantinya pada minggu hadapan. Apple turut mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis di Bill Graham Civic Auditorium, San Francisco pada 7 September ini pada jam 10 pagi meskipun enggan mendedahkan butiran lanjut apakah tujuan ia diadakan.

Namun khabar sedang bertiup kencang yang Apple bakal memperkenal telefon pintar yang dinanti-nantikan iaitu iPhone 7.BMenerusi portal rasmi, syarikat itu menghantar jemputan kepada pihak media dan tetamu khas. “Jumpa pada 7 September,” tulis mereka pada jemputan atas talian itu.

Acara khas ini menjadi acara tahun bagi Apple Inc untuk memperkenalkan produk-produk terbaharu mereka. Ini merupakan tahun kelima Apple Inc mengadakan acara media ini

Kongsi pendapat anda