Gangguan Perkhidmatan KTM Komuter di Sektor Tengah

BEBERAPA perkhidmatan KTM Komuter sektor tengah mengalami gangguan hari ini susulan tren kargo dari Padang Jawa ke Chemor, Perak tergelincir pada 3.11 pagi Jumaat.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku di KM 386.00 di antara Bank Negara ke Kuala Lumpur membabitkan empat daripada 30 gerabak menghalang laluan bagi perkhidmatan tren.

Perkhidmatan tren yang terjejas adalah:

* Laluan (Sungai Gadut-Rawang) — Perkhidmatan ini tamat di Stesen KL Sentral sahaja dan berpatah balik

* Laluan (Rawang-Sungai Gadut) — Perkhidmatan ini tamat di Stesen Kepong sahaja dan berpatah balik.

* Laluan (Batu Caves-Pelabuhan Klang) — Perkhidmatan ini tamat di Stesen Sentul sahaja dan berpatah balik.

* Laluan (Pelabuhan Klang-Batu Caves) — Perkhidmatan ini tamat di Stesen KL Sentral sahaja dan berpatah balik.

“Tiada perkhidmatan tren dari dan ke Stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra, Sentul dan Segambut,” kata kenyataan itu.

KTM Komuter tergelincir

Perkhidmatan KTM Intercity yang terjejas adalah:

* Ekspres Langkawi (Hatyai-KL Sentral) — Perkhidmatan tren akan berhenti di Stesen Tanjung Malim dan penumpang menyambung perjalanan dengan bas ke KL Sentral.

* Tren ETS (Ipoh-KL Sentral 5 pagi) — Perkhidmatan ini akan tamat di stesen Kepong dan penumpang menyambung perjalanan dengan bas ke Stesen KL Sentral.

* Tren ETS (KL Sentral-Ipoh 6 pagi) — Penumpang akan menaiki bas dari Stesen KL Sentral ke Stesen Kepong dan menyambung perjalanan dengan tren ke Ipoh.

Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang dijalankan dan satu landasan dijangka siap pada jam 1 tengah hari esok. Kedua-dua landasan pula dijangka siap sepenuhnya pada hari Ahad ini (10 Ogos).

KTM Berhad memohon maaf di atas kesulitan yang dialami, menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Kongsi pendapat anda