Gangguan Seksual

Tajuk artikel hari ini mudah dan ringkas. Ini adalah kerana kecoh baru-baru ini tentang seorang wanita yang telah mendapat gangguan seksual oleh seorang lelaki di dalam salah sebuah pengangkutan awam di Malaysia. Dinyatakan juga beliau telah mengambil tindakan dengan menjerit tetapi malangnya tiada siapa yang menghulurkan bantuan.

Hairan dan pelik. Bukan apa, punyalah ramai orang dalam tu tapi kenapa tidak ada yang menghulurkan bantuan? Jangan kata nak tolong, bertanya kenapa tu pun sampai tak terbuka mulut? Pelik pelik.

sexual-harassment

Penulis melihat kita ini sudah semakin lekang dengan prinsip peduli satu sama lain. Kita semakin mengamalkan konsep “kau kau, aku aku”. Sepatutnya prinsip sebegini kita buang jauh-jauh.

Sebagai sebuah negara yang aman damai, masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan kaum, kita sepatutnya lebih bersikap simpati, bantu-membantu, tolong-menolong. Tidak begitu? Ni tidak, makin adanya kejadian sebegini, makin kita diam.

seksual-2

Cuba bayangkan kalau perkara ini dibiarkan makin berlarutan? Boleh bayang tak generasi akan datang macam mana? Apa kita nak jawab di mahkamah Allah nanti? Nak bohong? Sorry la waktu tu semua mulut, tangan, kaki semua terkunci, ‘mereka’ akan berbicara sendiri pada Allah.

Banyak dah dada akhbar, media sosial membincangkan perkara ini. tetapi apa jawapan mereka? Perempuan kena jaga pemakaian, lelaki kena jaga pandangan. Isu dia ialah kalau semua benda ni kita dah buat tapi masih lagi berlaku? Salah baju ke? Salah pandangan ke? Tidak!! Salah diri kita sendiri kerana tidak membantu. It’s ourselves!!

seksual-1

Marah ni!! Penulis tahu orang akan mempertikai dan sebagainya, tetapi inilah usaha penulis buat pembaca semua. Penulis juga tahu penulisan sebegini tidak mampu pergi kepad 34juta rakyat Malaysia akan tetapi mampu pergi kepada 1-2 orang, tu pun dah memadai.

Penulis harap perkara sebegini tidak berlaku lagi ya. Semoga bermanfaat.

Kongsi pendapat anda