Gaza angka korban kini 350 nyawa

Serangan terbaru rejim Israel ke Gaza pada awal Ahad waktu tempatan telah meragut lima lagi nyawa penduduk Palestin, lapor pegawal perubatan, menjadikan angka korban kini meningkat kepada 350 nyawa yang tidak berdosa.

Operasi yang masuk hari ke-13 itu menyaksikan mangsa pertama adalah seorang lelaki berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Hosni al-Absi yang maut selepas terkena bedilan meriam di Rafah. Sejurus kemudian, dalam satu serangan udara di Rafah yang telah mengorbankan tiga lagi remaja lelaki Palestin, kesemua mereka adalah sekeluarga. Serangan turut mencederakan 10 yang lain.

palestinian-gaza-egyptian-prime

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza dalam satu kenyataan berkata tentera rejim Israel sengaja mensasarkan ambulans yang sedang membawa mereka yang cedera akibat bedilan rejim di Israel. Sekurang-kurangnya seorangnya maut dalam insiden itu. Sementara itu pihak Israel mendakwa lima maut di pihak rejim dengan dua darinya orang awam.

Asamboi doakan semuga peperang ditamatkan sebelum lebih banyak korban terutama kepada warga Gaza. Sudah banyak penderitaan yang telah kita saksikan.

Kongsi pendapat anda