Gelung besi terlekat pada alat sulit selama 11 jam

KOTA BHARU – Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya .

Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi.

Namun, doktor tidak dapat melakukan rawatan kerana alat tersebut masih gagal dikeluarkan manakala alat sulitnya terus membengkak sehingga memaksa mereka memanggil  Bomba.

Ketua Zon Kota Bharu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Jamil Abdullah, berkata, memandangkan besi tersebut berada di kedudukan pada pangkal zakarnya operasi untuk mengeluarkan besi terbabit amat rumit.

gambar cincin tersangkut di zakar

Bagi tujuan itu, pihaknya  terpaksa memanggil unit bantuan perubatan kecemasan yang dihantar ke hospital bagi menyelamatkan mangsa yang sedang kesakitan.

Bomba menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba sebarang aksi yang pelik dan merbahaya seperti yang dilakukan lelaki itu. Ia merupakan kes pertama yang dilaporkan di daerah ini.

Kongsi pendapat anda