Gempa bumi 3.4 skala Ritcher melanda Ranau, Sabah

Gempa bumi lemah berlaku di Ranau, Sabah malam tadi dan gegaran turut dirasai, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan MetMalaysia pada Isnin, gempa bumi berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku pada 9.17 malam.

Sementara itu satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina, kira-kira 184km barat laut San Hose dan 883 timur laut Kudat, Sabah pada 9.50 malam.

Ranau Gempabumi

Pada masa sekarang, ribut tropika KOPPU berada pada kedudukan 18.9°U dan 120.1°T, kira-kira 1,383 km ke arah Utara Kudat, Sabah yang dituruntarafkan daripada Taufan KOPPU setelah merentasi Kepulauan Luzon pada pagi 19 Oktober 2015. Ribut tropika Koppu kini berada di Laut China Selatan dan bergerak ke arah Timur-Timur Laut menuju ke Taiwan dengan kelajuan 15 kmsj.

Manakala, Taufan CHAMPI pula yang berada pada kedudukan 21.4°U dan 140.2°T, kira-kira 2,944 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah dan sedang bergerak ke arah Utara dengan kadar perlahan.

Kongsi pendapat anda