Gempak Superstar : Dazrin dan Ryzal Tersingkir, Peminat Tak Puas Hati

Minggu kedua Gempak Superstar menyaksikan 10 orang peserta menyanyikan lagu masing-masing dengan siaran langsung di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Berikut adalah senarai lagu pada minggu kedua.

ARJA – Lagu Kita (Aizat Amdan)
DAZRIN – Harus Terpisah (Cakra Khan)
ELIZAD – Ku Bahagia (Melly Geoslow)
ILYA – Selamat Malam (Faizal Tahir)
IZREEN – Tanpa Kekasihku (Agnes Monica)
NAZIM – Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
RYZAL – Pencinta Wanita (Irwansyah)
SHERRY – Percayalah (Indah Ruhaila)
SOFI – Malaikat (Hazama)
TASHA – Aku Wanita Biasa (Kris Dayanti)
gempak superstar

Namun demikian, peminat-peminat dikejutkan dengan penyingkiran dua peserta sekaligus iaitu Ryzal dan Dazrin. Sebelum ini peserta dimaklumkan tiada penyingkiran pada dua minggu pertama.

Gempak Superstar tipu

Ramai juga peminat yang tidak puas hati dengan kaedah penjurian Gempak Superstar kali ini dengan 50% undian SMS dan 50% undian juri.

Undian SMS 55.9% untuk Dazrin di tangga keempat pada awal rancangan namun peminat-peminatnya meluahkan rasa tidak puas hati kerana tersingkir walaupun undian sms dihantar secara pukal.

Sumber gambar : Fanpage Dazrin

Undian SMS Dazrin

Undi Dazrin 4

Undi Dazrin 1

Undi Dazrin 2

Undian Pukal 20 terus disokong oleh peminat-peminat Dazrin yang mahukan beliau terus di dalam Gempak Superstar, namun kesemua mereka terkejut dengan penyingkiran pada minggu kedua ini.

Komen Undi Daz

Dazrin juga dilihat tidak pernah turun dari top 5 undian online dan undian SMS adalah antara yang tertinggi. Ryzal dan juga Dazrin yang disingkirkan tidak diberitahu sebab apa dan berapa peratus undian SMS ketika proses penyingkiran berbanding dengan pemberitahuan di awal rancangan Gempak Superstar.

Undian peminat sangat berharga buat artis yang mereka undi, namun jika ia rancangan yang seperti ‘terancang’, sudah pasti peminat akan rasa tertipu dan tidak menonton rancangan tersebut. Inilah perkara yang selalu diusulkan oleh peminat-peminat yang memberikan sokongan kepada artis atau pelakon mereka.

Pengundi Dazrin

Adakah Gempak Superstar ini telus? Atau hanya propa? Sebab dilihat kurang menyengat dengan sistem mereka secara keseluruhannya di sosial media.

Gempak Superstar 2016 ditayangkan pada setiap Ahad jam 9.00 malam hanya di Astro Ria saluran 104

Kongsi pendapat anda