Gempak Superstar Minggu 1

Siaran langsung program realiti baru berjudul Gempak Superstar musim pertama akan menemui penonton mulai 10 April 2016 setiap ahad bermula pada jam 9.00 malam. Berbeza dengan program realiti astro yang lain, Gempak Superstar menyahut cabaran pelakon untuk bersaingan dalam bidang luar kemampuan mereka iaitu nyanyian.

Mampukah seorang pelakon menyanyi dengan baik?

gempak superstar

Seramai 10 peserta melibatkan 5 pelakon lelaki dan 5 lagi pelakon wanita terkemuka tanah air akan menyahut cabaran dalam bidang nyanyian di Gempak Superstar musim pertama.

Peserta Gempak Superstar 2016

1. Nazim Othman – Nirmala

2. Sofi Jikan – Ratuku

3. Ryzal Jaafar – Mengenangmu

4. Arja Lee – Penasaran

5. Dazrin Kamarudin – Hanya Aku

6. Tasha Shilla – Wanita Terbahagia

7. Izreen Azminda – Ikut Rentakku

8. Siti Elizad – Tiada Lagi

9. Raja Ilya – Terukir di Bintang

10. Sherry Ibrahim – Kalis Rindu

star Gempak Superstar 2016Siaran Langsung Gempak Superstar 2016 Astro Online

Tarikh: Mulai 10 April 2016 (Setiap Ahad)
Masa: jam 9.00 Malam
Siaran Rasmi: Astro Ria saluran 104
Pengacara: Scha Al Yahya dan Sharnaaz Ahmad

Undian SMS akan dibuka setiap hari Ahad semasa Konsert Gempak Superstar bermula Jam 9 Malam dan undian akan ditutup diakhir rancangan.

Untuk mengundi secara SMS Taip: GS<jarak><Nama Artis> dan hantar ke 32777 Untuk mengundi secara pukal: Taip GS3/5/10/20<jarak><Nama Artis> dan hantar ke 32777

Setiap Undian RM0.53 (Termasuk GST), Tertakluk kepada Terma & Syarat.

Saksikan Gempak Superstar 2016 pada setiap Ahad jam 9.00 malam hanya di Astro Ria saluran 104.

Update: Minggu 1 tiada penyingkiran

Kongsi pendapat anda