Gencatan senjata gagal Gaza diserangan dari udara

Israel melancarkan sekurang-kurangnya dua serangan udara di Gaza dan serangan kedua berlaku di selatan Khan Yunis. berlaku tengahari Selasa, selepas gencatan senjata gagal dilaksanakan, koresponden AFP yang berada di sana melaporkan.

Terdahulu, jumlah korban serangan Israel di Gaza telah meningkat kepada 192 orang apabila enam orang lagi terbunuh pada Selasa sebelum Israel menerima genjatan senjata ditaja oleh Mesir. Tiga orang terbunuh di dalam dua serangan berbeza di bandar Khan Yunis. Dua lagi lelaki meninggal dunia akibat cedera parah dan seorang wanita terbunuh dalam serangan di Rafah menjadikan jumlah semua yang terkorban hari ini adalah enam orang.

gambar korban gaza

Setakat ini tiada rakyat Israel yang terbunuh hanya empat mengalami cedera parah dalam serangan bertalu-talu di Gaza. Seorang Pegawai Kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBBB) berkata lebih daripada suku yang terkorban terdiri daripada kanak-kanak. Sabtu dikatakan hari paling berdarah kerana telah mengorbankan 56 orang rakyat Gaza.

bayi Gaza juga terkena kekejaman Israel

Asamboi menyeru supaya semua umat Islam jangan berhenti berdoa kerana ini adalah satu-satu sejata paling berharga untuk umat Islam.

Kongsi pendapat anda