Gencatan Senjata Selama 7 Jam Di Gaza

Israel mengumumkan akan mengadakan gencatan senjata kemanusiaan di Gaza selama tujuh jam pada hari Isnin 4 Ogos 2014.

Gencatan senjata itu akan dilakukan bermula pada 3 petang waktu Malaysia dan berakhir pada 10 malam waktu Malaysia, di semua wilayah kecuali di kawasan timur bandar Rafah di mana pertempuran masih berlangsung dan masih wujudnya kehadiran rejim Zionis di situ.

Gencatan Senjata 7 Jam di Gaza

Gencatan Senjata 7 Jam di Gaza bermula Jam 3 petang hari ini

Pemimpin tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza, Jeneral Yoav Mordechai bagaimanapun berkata, sekiranya gencatan senjata itu dicabuli, tentera akan mengadakan serangan balas.

Mordechai turut menggesa penduduk di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira, yang merupakan dua perkampungan di timur Khan Yunis di selatan Gaza, untuk pulang ke kediaman mereka bermula 1 petang waktu Malaysia.

Kongsi pendapat anda