Gerhana Bulan Penumbra Malam 23 Mac

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada Rabu ini (23 Mac).

Fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.

Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan “Apogi” 77.5 peratus.

gerhana bulan“Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum,”

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.

Kongsi pendapat anda