Germanwing Airbus terhempas di Perancis, 148 dikhuatiri meninggal dunia.

Pesawat Airbus Germanwing dilaporkan telah terhempas di sebuah pekan kecil di selatan Perancis. Pesawat kadar murah ini menerbangkan 148 orang dan berdasarkan laporan kemalangan, semua 148 penumpang dikhuatiri meninggal dunia.

D-AGWX-Germanwings-Airbus-A319-100_PlanespottersNet_383961

sekadar gambar hiasan

Laporan Media Perancis menyatakan, terdapat 142 penumpang dan 6 orang krew dalam penerbangan tersebut. Pihak Airbus juga melaporkan mereka telah sedia maklum mengenai tragedi ini dan sedang melakukan segala usaha untuk memastikan semua tindakan sepatutnya diambil.

Pesawat A320 ini telah berkhidmat selama 24 tahun dan telah bersama-sama dengan syarikat induk Lufthansa sejak tahun 1991.

Sebuah lagi tragedi melibatkan penerbangan dalam tahun ini, laporan lanjut akan diterbitkan dari masa ke semasa.

Kongsi pendapat anda