Gunung Berapi Terletak Di Guatemala Meletus

Semalam Gunung berapi di Guatemala telah meletus buat pertama kali sejak hampir dua tahun, menimbulkan kebimbangan penduduk kampung berhampiran selain menyebabkan pihak berkuasa penerbangan untuk mengubah laluan trafik udara.

Gunung berapi Guatemala meletus

Gunung berapi Guatemala meletus pada hari Selasa

Gunung berapi di barat daya negara yang meletus itu mengeluarkan asap dan abu, kira-kira tiga atau empat kali dalam sejam.Pakar geologi berkata, ia mengeluarkan asap setinggi 4,300 meter.

Gunung berapi dengan ketinggian 3,700 meter itu terletak di antara Chimaltenango, Escuintla dan Sacatepequez, di barat daya Guatemala.

Ia merupakan salah satu gunung berapi yang aktif di negara itu, dengan kali terakhir meletus pada September 2012, sehingga menyebabkan perpindahan penduduk secara besar-besaran.

Kongsi pendapat anda