Hadi Awang mahu exco PAS jadi MB Selangor?

Krisis menteri besar (MB) Selangor bakal bergolak lagi selepas PAS dilaporkan menghantar nama tiga ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) mereka untuk jawatan tertinggi negeri itu.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star Online melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama kepada istana Selangor untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor. Sumber memberitahu akhbar itu, Hadi sendiri menandatangani surat yang dihantar ke istana Selangor itu.

Calon PAS untuk MB Selangor

Menurut akhbar berkenaan, tiga nama yang dihantar Hadi untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut The Star Online, seorang pegawai kanan Hadi “tidak menafikan surat sedemikian dihantar” tetapi mengatakan biarlah pemimpin parti yang memberikan kenyataan.

“Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh berbincang mengenainya,” pegawai kanan Hadi

Langkah PAS ini akan meretakkan lagi hubungan parti Islam itu dan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP, yang hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.

Update :
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan nama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari partinya turut dihantar ke istana untuk diperkenankan sebagai menteri besar Selangor yang baharu, lapor Harakahadaily.

Mustafa berkata, PAS menyerahkan nama dua Adun PKR dan satu nama Adun PAS kepada pihak istana sebagai calon-calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Kongsi pendapat anda