Hadiah Handbag Dato Seri Vida dari “Sayang-Sayang DSV”

Penangan kemeriahan Gegar Vaganza dan pengumuman Dato Seri Vida malam tadi tentang akaun Fanpage Facebook barunya iaitu “Sayang Sayang DSV”.

Lebih bertambah menarik apabila beliau mengumumkan akan memberikan hadiah koleksi beg kepada peminat-peminat bertuah yang Like dan Share Fanpage Facebook terbaru beliau.

Dato Seri Vida yang terkenal dengan sikap pemurahnya ingin berkongsi kegembiraan di Fanpage Facebook Original Sayang-Sayang DSV. Dengan itu, sama-sama semua peminat beliau like, share dan komen di page beliau.

Asamboi mendapat makluman bahawa sudah banyak ‘fake account’ dan ini merupakan satu gejala serta trending apabila seseorang idola atau artis muncul di sosial media. Sebelum ini Dato Ramli MS juga mengumumkan akaun instagramnya dan dikhabarkan masih berlaku serangan netizen kerana tidak puas hati dengan penyingkiran Elly Mazlein.

dato-seri-vida-tshirt

Kepada semua peminat-peminat, jom like, share dan follow Fanpage Facebook Original Sayang Sayang DSV : https://www.facebook.com/Sayang-Sayang-DSV-1233033080075812/

Kongsi pendapat anda