Harga minyak Malaysia RON95 RON97 Diesel April 2017

Berikut adalah senarai harga mingguan bagi Petrol RON95, RON97 dan minyak Diesel yang ditetapkan oleh kerajaan

Senarai serta jadual harga jualan runcit mingguan bagi petrol RON95, RON97 dan minyak Diesel yang disertakan ini dapat membantu pengguna membuat semakan perbandingan harga terkini bagi setiap bahan api tersebut yang dijual di stesen minyak

Bermula 29 Mac 2017, kerajaan mengumumkan harga Petrol dan Diesel secara mingguan pada setiap hari Rabu dan harga baharu itu serta merta mula berkuatkuasa jam 12.01 awal pagi hari berikutnya iaitu Khamis.

30 Mac – 5 Apr
RON 95 – RM2.13
RON 97 – RM2.41
DIESEL –  RM2.11

Pengumuman secara mingguan dapat mengurangkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak kerana perubahan atau kadar turun naik harga tidak begitu ketara berbanding pengiraan secara bulanan berikutan tempoh pengiraan bagi harga siling yang lebih pendek, selain perubahan berperingkat.

Kongsi pendapat anda