Harga minyak turun berkuatkuasa pada 1 Februari

Harga petrol RON95 diumumkan pada Sabtu turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015. Ia menjadikan harga terkini adalah RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

harga minyak februari 2015

Rata-rata orang ramai menyambut baik berita tersebut dan menganggap ia sebagai berita gembira buat pengguna-pengguna jalan raya. Ada juga yang mahu mula memakai minyak jenis RON97 yang dilihat berada pada paras harga berpatutan.

Penurunan harga minyak berkuatkuasa pada 1 Februari bakal memberi wang lebih untuk perbelanjaan dan menambah pelaburan. Namun, ada yang turut bimbang dengan harga baru ini jika harga barang tidak turun.

Sponsor Ads

Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini

Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Kongsi pendapat anda