Harga Petrol RON95 RON97 dan Diesel Februari 2017

Harga runcit Petrol RON95 dan RON97 serta Diesel untuk bulan Februari 2017 masing-masing mengalami kenaikan sebanyak 20 sen dan 10 sen seliter berdasarkan perbandingan dengan bulan Januari 2017.

RON95 – RM2.30
RON97 – RM2.60
DIESEL – RM2.15

Harga baru berkuat kuasa mulai jam 12.01 awal pagi Rabu, 1 Februari 2017

Gambar sekadar hiasan

Selain harga semasa minyak dunia, faktor yang diambil kira dalam menentukan harga bahan api ialah pergerakan ringgit berbanding dolar AS, dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar akan membantu menurunkan harga minyak.

Jika nilai ringgit berterusan menyusut maka ia akan memberi kesan peningkatan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia.

Kongsi pendapat anda