Harga Petrol RON95 RON97 dan Diesel Januari 2017

Berita harga terkini RON95 RON97 dan Diesel bermula Januari 2017. Tahun ni merupakan tahun terakhir minyak dibawah paras RM2 Seliter bagi RON95. Bermula Januari 2017, harga minyak akan naik mendadak berikutan kenaikan pasaran harga minyak mentah dunia.

Berdasarkan harga rasmi minyak sebentar tadi, RON 95 akan dijual  pada harga RM2.10 Seliter, RON 97 pada RM2.40 seliter (tidak termasuk GST) dan Diesel RM2.05 Seliter berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.

Gambar sekadar hiasan

Harga runcit RON95 & diesel naik 20 sen kepada RM2.10 dan RM2.05; RON97 naik 15 sen kepada RM2.40 bagi Januari – PDAM

Selain harga semasa minyak dunia, faktor yang diambil kira dalam menentukan harga bahan api ialah pergerakan ringgit berbanding dolar AS, dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar akan membantu menurunkan harga minyak. Jika nilai ringgit berterusan menyusut maka ia akan memberi kesan peningkatan kepada penetapan harga bahan api di Malaysia.

Kongsi pendapat anda