Harga RON95 dan RON97 untuk September 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Harga petrol RON 95 dan RON 97 akan turun sebanyak lima sen bagi setiap liter berkuat kuasa esok, kata para peniaga petrol.

Harga RON 97 akan menjadi RM2.05 seliter manakala RON 95 pula berharga RM1.70 seliter bermula tengah malam ini.

Harga diesel bagaimanapun kekal tidak berubah pada RM1.70 seliter.
Harga diesel naik sebanyak 10 sen seliter pada bulan lepas.
Kerajaan sebelum ini menentukan harga bahan api itu melalui sistem apungan terurus.

Kongsi pendapat anda