Harga Runcit Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Mac 2016

Berita harga terkini minyak petrol RON95 RON97 dan Diesel mulai 1 Mac 2016. Penurunan harga minyak mentah dunia telah menyaksikan penurunan harga bahan api yang mendadak sejak pembukaan tahun 2016. Menerusi pengumuman rasmi harga minyak mulai Mac 2016, RON95 turun 15 sen menjadikan harga baharu RON95 RM1.60 seliter berbanding RM1.75 seliter manakala RON97 turun 10 sen kepada RM1.95 seliter daripada RM2.05 seliter.

Harga diesel pula kekal sama RM1.35 seliter dan tiada perubahan seperti bulan sebelumnya.

Minyak februari 2016

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mac 2016 (Rasmi)

  • RON95: RM1.60 Per Liter (Turun 15 Sen)
  • RON97: RM1.95 Per Liter (Turun 10 Sen)
  • Diesel: RM1.35 Per Liter (Kekal)

Kongsi pendapat anda