Harimau Malaya Mengaum Di Shah Alam

Assalamualaikum & Salam Ceria

Tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menundukkan pasukan Papua New Guinea (2-0) di Stadium Shah Alam.

HARIMAU MALAYSIA

 

 

Disini penulis senaraikan nama penjaring :

  1. Ahmad Hazwan Bakri (minit ke-21)
  2. Mohd Amri Yahyah (minit ke 47)

Walaubagaimanapun berjaya menumpaskan pasukan ini, bukan bermakna kita hebat. Tidak sama sekali. Kita harus terus melangkah jauh.

Nasihat penulis ialah semua pemain harus meningkatkan kualiti permainan mereka jika ingin menjuarai kempen AFF Suzuki 2016. Ini terbukti apabila pihak lawan dengan mudah membuat gol seawal minit ke-6. Barisan pertahanan sepatutnya membuat kawalan bola dengan baik.

Lagi pula pasukan Harimau Malaya diundi dalam kumpulan B bersama Myanmar, Kemboja dan Vietnam yang mana pada penulis ini bukan pasukan yang boleh dipandang rendah.

 

 

Tetapi penulis tetap memberikan sokongan yang padu kepada pasukan Harimau Malaya.

Go Go Harimau Malaya!!

Kongsi pendapat anda