Himpunan Bantah GST

Keadaan cuaca yang panas terik tidak menghalang lebih daripada 1,500 peserta daripada membanjiri jalan-jalan dari kompleks beli-belah Sogo menuju ke Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan membantah Cukai dan Perkhidmatan (GST).

Peserta juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kumpulan penyokong hadir menyertai perhimpunan itu dengan mula berkumpul di Pusat Beli Belah Sogo pada pukul 2.00 petang sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Bantah GST

bantah gst KL

demo GST

Perhimpunan hari ini terdiri daripada sebahagian besar peserta Melayu.

Ini bertentangan sama sekali dengan perhimpunan BERSIH 4 tahun lalu yang menyaksikan lebih ramai masyarkat Cina sehingga mencetuskan Gerakan Merah yang dikaitkan dengan Umno membuat perhimpunan susulan selang beberapa minggu kemudian.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, juga dilihat turut hadir dan memberikan ucapan.

Kongsi pendapat anda