Hotel Paling Besar Di Dunia Tetapi Tidak Pernah Didiami

HOTEL paling besar di dunia tetapi tidak pernah didiami terletak di Prora, Pulau Ruegen, Jerman. Ianya merupakan hotel terbesar di dunia yang pernah dibina oleh kerajaan Jerman pada zaman pemeritahan Nazi.

Hotel ini dibina sepanjang 4.5km dan hanya 150m dari pantai. Hotel ini mempunyai jumlah 10,000 bilik yang boleh menampung 20,000 orang sekaligus. Namun begitu, setelah siap dibina hingga kini hotel ini tidak pernah digunakan.

hotel paling besar di dunia

Hotel ini dibina pada tahun 1936 dan siap pada tahun 1939. Pembangunannya memerlukan 9,000 orang pekerja. Tujuan Nazi membina hotel ini adalah untuk menyebarkan propaganda Nazi di mana mereka ingin mendirikan 4 resort pelancongan di kawasan tersebut dengan kemudahan mewah termasuk dermaga bagi kapal layar.

Namun, semua rancangan tersebut terpaksa dihentikan kerana berlakunya Perang Dunia II kerana Adolf Hitler memerintahkan semua pekerja pembinaan hotel ke Peenemünde bagi membuat persenjataan untuk berperang melawan sekutu.

hotel paling besar di jerman

hotel terbesar di jerman

hotel terbesar di pulau ruegen, jerman

hotel prora zentrum

hotel nazi jerman

Keadaan bangunannya masih kukuh walaupun ada beberapa bahagian yang lapuk. Namun kerajaan Jerman tidak pernah berniat untuk meminggirkan bangunan tua bersejarah ini.
 

Kongsi pendapat anda