Hoverboard, Segway dilarang masuk ke Malindo Air

Penumpang Malindo Air dilarang membawa peranti pergerakan peribadi seperti hoverboard, mini wheel, skuter elektrik, ‘electric segways’ dan basikal elektrik yang kini dikategorikan sebagai Barang Berbahaya.
Syarikat penerbangan itu mematuhi arahan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)Malaysia dan perakuan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Hoverboard

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata pihaknya bagaimanapun membenarkan pek bateri ‘rechargeable’ atau peranti elektronik seperti laptops dan kamera digital untuk kegunaan peribadi atau yang berkaitan dengan peranti elektronik perubatan bersama bateri lithium dengan rating kurang daripada 100 Watt-jam atau kandungan lithium kurang daripada 2g.

Malindo
Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, bateri lithium ganti hendaklah disimpan dalam beg plastik berasingan, pouch keselamatan atau terminalnya yang terdedah ditutup dengan pita.

Kongsi pendapat anda